TIPS MENGURUS STRESS
1. SOKONGAN
Dapatkan sokongan daripada keluarga, pasangan atau rakan-rakan yang memahami untuk mengurangkan stress.
2. SOLAT
Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan segala yang telah diusaha kepadaNya.
3. DOA
Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.
4. MENTAL EXCERCISE
Arah imaginasi kepada sesuatu yang positif atau meditasi. Cari tempat yang selesa, pejamkan mata dan rehatkan otot-otot kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Bayangkan sesuatu yang tenang dan menyenangkan seperti ombak di pantai dan lain-lain.
5. UBAH SUSUN ATUR RUMAH
Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala menyesakkan kita. Ubah susun atur rumah untuk merasai suasana yang baru.
6. PENGURUSAN MASA
Setiap orang diberikan 24 jam sehari, hanya mereka yang bijak mengendalikan masa dapat merasakan faedahnya.
7. PANDANGAN TERHADAP STRESS
Jangan memandang stress sebagai sesuatu yang negatif kerana stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.
8. TERIMA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya kelemahan diri masih boleh diperbaiki.
9. BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya orang disekeliling kita bukan semua boleh dipercayai, namun kita perlu yakin bahawa masih ada orang yang masih boleh dipercayai.
10. KRITIKAN NEGATIF
Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan jadikannya sebagai pelemah semangat.
11. LAKUKAN PERUBAHAN
Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
12. JAGA HUBUNGAN BAIK
Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan penyelesaian masalah yang timbul dengan cara terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.
13. KETAWA
Dalam keadaan yang sukar, tertawalah untuk mengendurkan keadaan yang tegang.
14. BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berkhemah akan membuatkan kita turut merasa positif dan selesa.
15. MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus memperbaiki emosi diri kita.
Monday, September 6, 2010
Kongsi Ilmu lagi....
Posted by Adam@Megat Iskandar at 8:45 PM 0 comments
Sunday, August 29, 2010
Senyum mungkin bagi kita adalah perkara yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah sisi dan menampakkan gigi. Namun tidak semudah itu, kadangkala tersenyum di saat-saat tertentu sangatlah sulit. Lebih-lebih lahi jika kita tidak ada “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan yang erat dengan karakter seseorang, kerana sukar untuk menemui sifat individu yang “murah senyuman”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, keadaan jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercayai sebagai salah satu jalan jika ingin kekal awet muda. Senyum sebenarnya mempunyai manfaat untuk kesihatan, antaranya iaitu :
- Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauhkan diri dari kita , tetapi sebaliknya senyuman boleh membuat mereka tertarik.
- Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
- Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Selalulah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
- Senyum dapat mengurangkan stress. Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lemah atau merasa “down”. Jika anda sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat aktiviti selanjutnya.
- Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
- Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
- Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit ) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit, serta serotonin. Senyum memang ubat yang berkesan.
- Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan lebih baik.
- Senyum membuat anda kelihatan sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan ketika temujanji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.
- Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Susah? Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan isyarat ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini adalah baik ”.
Maka jauhkan diri anda dari tekanan, stres dan rasa bimbang dengan satu perkataan iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai shadaqah.Sudahkan anda tersenyum hari ini? Jika haiwan sekalipun mampu tersenyum….mengapa tidak anda??
Posted by Adam@Megat Iskandar at 6:29 PM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
SuatuMasa
Di Perjalanan
Lurah Yang Berliku
Aku Rasa Keresahan
Aku Kerunsingan
Jalan Meniti
Walaupun Berduri
Tetapku Tabahkan Hati
Tetap Kuharungi
Mengapakah Ini
Harusku Tempuhi
Demi Hasrat Cita
Kuteruskan Jua
Kini Aku Pun Mengerti Segalanya
Cahaya Yang Ku Ingini
Di sana
Akan Ku Genggam
Cita-Cita Yang Membara
Naluri
Yang Sehangat Sinar Mentari
Takkan Ku Lepas
Tak Mungkin Aku Campakkan
Nilai Suci
Kedamaian Ada Di sana…
Lautan Kan Kurenangi
Ke Hujungnya
Agar Hasrat Ku Kecapi
Cita-Cita
Akan Ku Genggam
Cita-Cita Yang Membara
Naluri
Yang Sehangat Sinar Mentari
Takkan Ku Lepas
Tak Mungkin Aku Campakkan
Nilai Suci
Kedamaian Ada Di sana
SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULA WANITA
...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di
bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan
maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul
Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.
1. Belajar secara berkumpulan
Belajar berkumpulan dapat menjadikan kegiatan belajar menjadi lebih mudah kerana pelajar ditemani rakan-rakan yang mungkin lebih memahami sesuatu perkara. Malah, pelajar juga dapat menjadikan ia sebagai satu proses latih tubi dengan membantu rakan yang tidak memahami topik terbabit.
2. Rajin Membuat Catatan Intipati Pelajaran
Bahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di atas kertas atau buku kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar mengingati perkara-perkara penting.
3. Membuat Jadual Waktu Yang Baik
Ada baiknya pelajar membuat jadual belajar dalam menguruskan waktu agar pelajar tidak bosan dengan apa yang dikerjakan. Sebaiknya, tempoh belajar adalah dari 20 minit ke 40 minit dengan pertukaran mata pelajaran yang berlainan. Boleh juga diselang-selikan dengan kerja atau waktu santai. Apa yang penting, pelajar perlu elakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.
4. Disiplin Dalam Belajar
Apabila pelajar telah membuat jadual belajar maka ianya harus dijalankan dengan baik. Contohnya seperti belajar menepati waktu dan lakukan serius tidak sambil main-main. Jika waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi. Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum tamat. Bermain dengan rakan-rakan atau game dapat merosakkan mood belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game sebaiknya pilih game yang lebih mendidik dan tidak melalaikan atau mempunyai tahap(level) yang boleh mengakibatkan keseronokan melampau.
5. Menjadi Aktif Bertanya dan Ditanya
Jika terdapat perkara yang belum jelas, maka tanyakan kepada guru, teman atau orang tua. Jika pelajar bertanya biasanya pelajar akan ingat jawapannya. Jika bertanya, bertanyalah secukupnya dan jangan bersifat menguji orang yang ditanya. Tawarkanlah pada rakan untuk bertanya kepada pelajar hal-hal yang belum mereka fahami. Semakin banyak ditanya maka pelajar dapat semakin ingat dengan jawapan dan apabila pelajar juga tidak tahu jawapan yang benar, maka pelajar dapat membahasnya bersama-sama dengan rakan-rakan. Pengajar garang dan cengil? Itu adalah satu proses dalam mendidik pelajar menjadi lebih berdaya saing. Untuk ilmu, pelajar seharusnya tabah dan jadikan ia satu dorongan kerana pengajar yang garang mahukan yang terbaik untuk pelajarnya.
6. Belajar Dengan Serius dan Tekun
7. Jujur Dalam Mengerjakan Soalan Dan Ujian
Hindari meniru ketika sedang mengerjakan soalan atau ujian. Meniru merupakan satu kesalahan serius kerana pemahaman yang kurang dalam sesuatu perkara boleh mengakibatkan kecederaan serius pada orang lain. Misalnya seorang pengimpal yang lalai boleh mengakibatkan kimpalan yang tidak kukuh yang mana pada bila-bila masa akan membahayakan pengguna.
Posted by Adam@Megat Iskandar at 9:04 AM 0 comments