BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 6, 2010

Kongsi Ilmu lagi....

TIPS MENGURUS STRESS



1. SOKONGAN
Dapatkan sokongan daripada keluarga, pasangan atau rakan-rakan yang memahami untuk mengurangkan stress.

2. SOLAT
Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan segala yang telah diusaha kepadaNya.

3. DOA
Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.

4. MENTAL EXCERCISE
Arah imaginasi kepada sesuatu yang positif atau meditasi. Cari tempat yang selesa, pejamkan mata dan rehatkan otot-otot kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Bayangkan sesuatu yang tenang dan menyenangkan seperti ombak di pantai dan lain-lain.

5. UBAH SUSUN ATUR RUMAH
Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala menyesakkan kita. Ubah susun atur rumah untuk merasai suasana yang baru.

6. PENGURUSAN MASA
Setiap orang diberikan 24 jam sehari, hanya mereka yang bijak mengendalikan masa dapat merasakan faedahnya.

7. PANDANGAN TERHADAP STRESS
Jangan memandang stress sebagai sesuatu yang negatif kerana stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.

8. TERIMA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya kelemahan diri masih boleh diperbaiki.

9. BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya orang disekeliling kita bukan semua boleh dipercayai, namun kita perlu yakin bahawa masih ada orang yang masih boleh dipercayai.

10. KRITIKAN NEGATIF
Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan jadikannya sebagai pelemah semangat.

11. LAKUKAN PERUBAHAN
Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. JAGA HUBUNGAN BAIK
Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan penyelesaian masalah yang timbul dengan cara terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

13. KETAWA
Dalam keadaan yang sukar, tertawalah untuk mengendurkan keadaan yang tegang.

14. BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berkhemah akan membuatkan kita turut merasa positif dan selesa.

15. MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus memperbaiki emosi diri kita.

0 comments: