BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 29, 2010




Senyum mungkin bagi kita adalah perkara yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah sisi dan menampakkan gigi. Namun tidak semudah itu, kadangkala tersenyum di saat-saat tertentu sangatlah sulit. Lebih-lebih lahi jika kita tidak ada “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan yang erat dengan karakter seseorang, kerana sukar untuk menemui sifat individu yang “murah senyuman”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, keadaan jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercayai sebagai salah satu jalan jika ingin kekal awet muda. Senyum sebenarnya mempunyai manfaat untuk kesihatan, antaranya iaitu :

  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauhkan diri dari kita , tetapi sebaliknya senyuman boleh membuat mereka tertarik.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Selalulah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  4. Senyum dapat mengurangkan stress. Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lemah atau merasa “down”. Jika anda sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat aktiviti selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit ) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit, serta serotonin. Senyum memang ubat yang berkesan.
  8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan lebih baik.
  9. Senyum membuat anda kelihatan sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan ketika temujanji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.
  10. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Susah? Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan isyarat ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini adalah baik ”.

Maka jauhkan diri anda dari tekanan, stres dan rasa bimbang dengan satu perkataan iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai shadaqah.Sudahkan anda tersenyum hari ini? Jika haiwan sekalipun mampu tersenyum….mengapa tidak anda??